Saturday, January 29, 2011

Album Terbaru Foo Fighters !


Album terbaru kumpulan rock sensasi Foo Fighters bakal menemui peminat pada pertengahan tahun ini. Menurut satu kenyataan dalam laman web band tersebut menjelaskan album terbaru itu menampilkan sesuatu yang berbeza berbanding album sebelumnya. Kelainan yang dimaksudkan ialah penyingkiran lagu-lagu bernada "slow" atau akustik, sebaliknya album tersebut akan dimuatkan dengan lagu-lagu rancak dan yang paling "heavy" pernah dihasilkan oleh mereka. Vokalis utama, Dave Grohl menambah album terbaru itu juga pasti dapat membawa peminat muzik alternatif mengimbau kembali melodi-melodi berat seperti Nirvana dan Soundgarden. Bagi peminat setia foo fighters anda boleh mendengar demo selama 30 saat lagu terbaru foo fighters "white lemo" di laman web rasmi mereka atau menerusi youtube.com


1 comment: