Top 10 Singles
#1 El Dorado - Iron Maiden
#2 Shattering The Skies Above - Trivium
#3 In Your Words - Lamb of God
#4 Sudden Death - Megadeth
#5 Another Way To Die - Disturbed
#6 You'll Haunt Me - Stone Sour
#7 Dez Moines - The Devil's Wear Prada
#8 Pray For Villains - Devildriver
#9 Demoralizer - The Red Chord
#10 Savior - Rise Against (New Entry)
2011 bangerz chart
singles' position are determine via online vote.
Dark Knight Rythm
Blog ini membicarakan dunia muzik rock
Saturday, February 19, 2011
Saturday, January 29, 2011
Album Terbaru Foo Fighters !

Album terbaru kumpulan rock sensasi Foo Fighters bakal menemui peminat pada pertengahan tahun ini. Menurut satu kenyataan dalam laman web band tersebut menjelaskan album terbaru itu menampilkan sesuatu yang berbeza berbanding album sebelumnya. Kelainan yang dimaksudkan ialah penyingkiran lagu-lagu bernada "slow" atau akustik, sebaliknya album tersebut akan dimuatkan dengan lagu-lagu rancak dan yang paling "heavy" pernah dihasilkan oleh mereka. Vokalis utama, Dave Grohl menambah album terbaru itu juga pasti dapat membawa peminat muzik alternatif mengimbau kembali melodi-melodi berat seperti Nirvana dan Soundgarden. Bagi peminat setia foo fighters anda boleh mendengar demo selama 30 saat lagu terbaru foo fighters "white lemo" di laman web rasmi mereka atau menerusi youtube.com
Friday, January 28, 2011
Blackbird Guitars Keluarkan Model Terbaru

syarikat pembuat gitar akustik Blackbird Guitars mengeluarkan produk terbaru mereka yang dinamakan sebagai 'Blackbird Super OM'. kelebihan gitar akustik ini berbanding produk yang lain ialah dari aspek bentuknya yang mengkagumkan ia mungkin bersaiz agak kecil jika dibandingkan dengan gitar 'tong' yang lain namun dari aspek kualiti ternyata gitar ini berada dalam kelasnya yang tersendiri. Gitar ini bersaiz kecil tetapi kesan bunyinya sangat hebat.
Spesifikasi:
diperkuatkan dengan fiber karbon serta 'natural' mesra
3.5 lbs (berat) antara gitar tong teringan di dunia
dilengkapi dengan tali gitar selesa serta audio berteknologi terkini
butang menaik-turun kesan bunyi dan bass
25.5 scale (panjang)
bentuk yang memberikan keselesaan kepada penggunanya
Bagi mendapatkan keterangan lanjut mengenai produk ini, bolehlah berkunjung ke laman web balckbird guitars.com
So...apa tunggu lagi kepada pemain-pemain gitar 'tong' di luar sana, pastikan gitar akustik istimewa ini menjadi pilihan utama anda!!!
Spesifikasi:
diperkuatkan dengan fiber karbon serta 'natural' mesra
3.5 lbs (berat) antara gitar tong teringan di dunia
dilengkapi dengan tali gitar selesa serta audio berteknologi terkini
butang menaik-turun kesan bunyi dan bass
25.5 scale (panjang)
bentuk yang memberikan keselesaan kepada penggunanya
Bagi mendapatkan keterangan lanjut mengenai produk ini, bolehlah berkunjung ke laman web balckbird guitars.com
So...apa tunggu lagi kepada pemain-pemain gitar 'tong' di luar sana, pastikan gitar akustik istimewa ini menjadi pilihan utama anda!!!
10 gitaris terpantas di dunia!
Sudah pasti ada di antara anda yang telah tahu siapakah gitaris yang paling laju di dunia ini, nama-nama seperti yngwie malmsteen atau Joe satriani pasti menjadi tekaan anda. Namun inilah senarai ranking rasmi yang dikeluarkan oleh majalah "guitar one"...mari kita lihat senarai 10 gitaris terpantas di dunia sepanjang zaman.
#1 Michael Angelo Batio
Michael merupakan gitaris yang mencipta 'dean double gitar' (kombinasi 2 gitar elektrik) dan orang yang pertama mampu memainkan gitar sedemikian dengan suksesnya. Dahsyat! Michael mula bermain piano dan mecipta lagu semasa berumur 5 tahun, bermain gitar sewaktu berusia 10 tahun. Michael telah melakukan sebanyak 1100 persembahan di 31 negara sejak tahun 1993. Selain menunjukkan kemahiran bermain gitarnya, Michael juga kerap mengadakan bengkel bermain gitar di seluruh dunia serta bermain dan merakamkan album bersama pelbagai band.#2 Chris Impellitteri
Chris Impelitteri merupakan salah seorang gitaris yang paling intensif, dinamik dan unik dalam dunia muzik berat kala ini. Nama2 seperti Uli Jon Roth, Al Di Maedo serta Edward Van Halen dijadikan sumber inspirasinya. Chris mempersembahkan skill petikan gitar yang menakjubkan dalam album2 neo klasik serta rock progresifnya di pertengahan 80an. Hasil karyanya telah menjadi sumber rujukan utama kepada jutaan gitaris serata dunia.#3 Yngwie J Malmsteen
Pada zaman kanak2 yngwie lagsung tidak berminat dengan muzik apatah lagi memainkan instrumen2 muzik. namun, selepas melihat aksi lagenda blues, Jimi Hendrix membakar gitar dalam satu konsert di televisen ia telah menarik minat Yngwie untuk mempelajari gitar dan sebaik saja Jimi Hendrix meninggal Yngwie semakin bersemangat menguasai kemahiran bermain gitar.#4 Paul Gilbert
Paul Gilbert, telah berjaya menjual album solonya sebanyak 3 juta sekitar Amerika Syarikat. Bakat luar biasanya ini berpunca daripada pengalaman muziknya bersama kumpulan Radar X, Mr. Big dan juga projek2 solonya. Paul telah lama dikenali sebagai 'penggoreng' gitar terpantas di dunia namun adalanya beliau kembali menghasilkan melodi 'blues' yang merupakan aliran kegemarannya.#5 Mendiang Shawn Lane

Lane memulakan pengembaraan muzikalnya dengan mempelajari alat2 muzik seperti cello dan piano. Kemudiannya, ketika berusia 8 tahun beliau telah menjadikan gitar sebagai instrumen utamanya. Lane menjadi gitaris termuda yang mewarnai dunia muzik di Memphis dan seterusnya menjadi artis rakaman profesional semasa berumur 12 tahun. Kehebatan Lane membuat persembahan di setiap stadium Amerika menjadikannya antara gitaris terkenal universal. Malangnya pada tahun 26 september 2003 Lane meninggal akibat kanser peparu sewaktu berumur 40 tahun.
#6 Joe Stump
Joe Stump merupakan antara gitaris "shredder" utama di dunia. Beliau telah menghasilkan beberapa album solo serta empat album bersama bandnya Reign of Terror. Joe jugak dikenali sebagai gitaris "virtuoso" yang gemar menghasilkan bunyi gitar dan riff2 berhantu. Joe juga bertugas sebagai ketua penguasa sekolah muzik Berkeley (sebuah sekolah muzik terkenal di Amerika Syarikat). Inspirasi utama Joe ialah Uli Jon Roth, Michael Schenker, Ritchie Blackmore, David Chastain, Yngwie Malmsteen serta komposer2 muzik klasik seperti Bach, Paganini,Mendelson, Vivaldi dan banyak lagi.
#7 Rusty Cooley
Pengaruh awal dalam karier muzik beliau ialah daripada Randy Rhoads, Steve Vai, Yngwie, Becker, Gilbert, Gambale, Moore, Macalpine, Taffolla dan Friedman. Beliau juga dipengaruji dengan pelbagai elemen muzik seperti jazz, klasik, punk, blues malah muzik country. Terdapat satu ketika dalam kerjaya muziknya, di mana Rusty keliru sama ada menjadi konduktor muzik klasik atau gitaris jazz. Namun beliau meningatkan bermain gitar mengikut hati dan sesekali membiarkan muzik dibayangi trend semasa.
#8 BucketHead

BucketHead merupakan gitaris paling pelik dan enigmatik dalam arus muzik rock di Amerika. Nama sebenarnya Brian Carroll mendakwa dia dibesarkan oleh ayam dan membesar di kandang ayam. Beliau mendapat idea menggunakan bakul serta mekap untuk penampilannya selepas menikmati ayam goreng di sebuah restoren terkenal. Beliau juga dikenali dengan gerakan robotiknya semasa melakukan persembahan. Tidak banyak yang diketahui mengenai BucketHead, tapi yang pasti beliau memiliki jari2 yang pantas memetik gitar. Antara band yang disertainya ialah Deli Creeps, Cornbugs, Praxis, Cobra Strike, Buckethead (album solo), Primus (bermain semasa konsert Ozzfest '99) dan Guns n roses.
#9 John Petrucci
John Petrucci dibesarkan di Long Island, Amerika. Beliau bermain gitar seawal 12 tahun. Petrucci sangat berminat menguasai kemahiran gitar namun beliau agak hampa kerana hanya dapat memasuki kelas gitar selepas sekolah dan ia hampir2 mematahkan semangatnya untuk bermain gitar. Sebaliknya, John mengambil inisiatif untuk menguasai instrumen gitar secara sendirian. Yngwie, Randy Rhoads, Iron Maiden, Yes, Rush dan lain2 merupakan sumber inspirasinya.
#10 The Great Kat
The Great Kat atau Katherine Thomas dilahirkan di Swindon, England.(Hospital tentera udara). Mereka sekeluarga berpindah ke Amerika ketika beliau berusia 3 tahun. Selepas menjelajah dunia sebagai pemain viola, beliau menyedari muzik klasik telah menemui jalan buntu. Lalu, beliau mula berjinak dengan muzik 'speed metal' dan menterjemahkan kebolehan beliau bermain viola dalam petikan gitarnya. Beliau merupakan gitaris yang menggabungkan elemen klasik dan metal progresif.
Senarai ini dikeluarkan setelah undian dibuka kepada pembaca majalah tersebut pada tahun 2005. Harap maaf, senarai terkini belum dapat diperolehi. So, untuk saat ini jika anda musykil siapakah gitaris terpantas sepanjang zaman, maka senarai ini bolehlah dijadikan rujukan.
#6 Joe Stump
Joe Stump merupakan antara gitaris "shredder" utama di dunia. Beliau telah menghasilkan beberapa album solo serta empat album bersama bandnya Reign of Terror. Joe jugak dikenali sebagai gitaris "virtuoso" yang gemar menghasilkan bunyi gitar dan riff2 berhantu. Joe juga bertugas sebagai ketua penguasa sekolah muzik Berkeley (sebuah sekolah muzik terkenal di Amerika Syarikat). Inspirasi utama Joe ialah Uli Jon Roth, Michael Schenker, Ritchie Blackmore, David Chastain, Yngwie Malmsteen serta komposer2 muzik klasik seperti Bach, Paganini,Mendelson, Vivaldi dan banyak lagi.#7 Rusty Cooley
Pengaruh awal dalam karier muzik beliau ialah daripada Randy Rhoads, Steve Vai, Yngwie, Becker, Gilbert, Gambale, Moore, Macalpine, Taffolla dan Friedman. Beliau juga dipengaruji dengan pelbagai elemen muzik seperti jazz, klasik, punk, blues malah muzik country. Terdapat satu ketika dalam kerjaya muziknya, di mana Rusty keliru sama ada menjadi konduktor muzik klasik atau gitaris jazz. Namun beliau meningatkan bermain gitar mengikut hati dan sesekali membiarkan muzik dibayangi trend semasa.#8 BucketHead

BucketHead merupakan gitaris paling pelik dan enigmatik dalam arus muzik rock di Amerika. Nama sebenarnya Brian Carroll mendakwa dia dibesarkan oleh ayam dan membesar di kandang ayam. Beliau mendapat idea menggunakan bakul serta mekap untuk penampilannya selepas menikmati ayam goreng di sebuah restoren terkenal. Beliau juga dikenali dengan gerakan robotiknya semasa melakukan persembahan. Tidak banyak yang diketahui mengenai BucketHead, tapi yang pasti beliau memiliki jari2 yang pantas memetik gitar. Antara band yang disertainya ialah Deli Creeps, Cornbugs, Praxis, Cobra Strike, Buckethead (album solo), Primus (bermain semasa konsert Ozzfest '99) dan Guns n roses.
#9 John Petrucci
John Petrucci dibesarkan di Long Island, Amerika. Beliau bermain gitar seawal 12 tahun. Petrucci sangat berminat menguasai kemahiran gitar namun beliau agak hampa kerana hanya dapat memasuki kelas gitar selepas sekolah dan ia hampir2 mematahkan semangatnya untuk bermain gitar. Sebaliknya, John mengambil inisiatif untuk menguasai instrumen gitar secara sendirian. Yngwie, Randy Rhoads, Iron Maiden, Yes, Rush dan lain2 merupakan sumber inspirasinya.#10 The Great Kat
The Great Kat atau Katherine Thomas dilahirkan di Swindon, England.(Hospital tentera udara). Mereka sekeluarga berpindah ke Amerika ketika beliau berusia 3 tahun. Selepas menjelajah dunia sebagai pemain viola, beliau menyedari muzik klasik telah menemui jalan buntu. Lalu, beliau mula berjinak dengan muzik 'speed metal' dan menterjemahkan kebolehan beliau bermain viola dalam petikan gitarnya. Beliau merupakan gitaris yang menggabungkan elemen klasik dan metal progresif.Thursday, January 27, 2011
Lagenda Rock Yang Dirindui...
Sudah pasti yang datang akan pergi, namun kepergiannya sememangnya amat sukar untuk ditelan. Inilah hakikat kehidupan yang terpaksa kita lalui. Jika menyentuh soal "kepergian" pasti tidak dapat kita lupakan beberapa nama lagenda rock tersohor yang mewarnai dunia kita dengan melodi memukau serta lirik "efektif" yang menjadi mainan mulut untuk kita nyanyikan bersama. Di blog ini akan kita paparkan beberapa nama besar muzik rock yang terpilih, moga info ini mampu membantu kita untuk mengingati mereka sekali lagi.... hari ini kita berbicara mengenai Kurt Cobain....
Kurt Cobain, dilahirkan pada tanggal 20 februari 1967, lebih dikenali sebagai penyanyi serta gitaris utama kumpulan Nirvana yang ditubuhkan di Seattle, California. Kurt, merupakan seorang genius yang mengecap populariti bersama krist novoselic (bassist) dan Dave Grohl (Drummer) sekitar pertengahan 90an. Nukilan beliau masih lagi menjadi keagungan setiap peminat rock di seluruh dunia. Walau pun, lirik lagu yang ditulis Kurt agak membuta tuli namun ia ditutup dengan ciptaan melodi "mantap" yang mencengkam hati peminat muzik rock. Umum, mengetahui Kurt Cobain mati kerana membunuh diri di garaj kediamannya pada 5 april tahun 1994. Cobain, menembak dirinya sendiri setelah menggunakan dadah melebihi dos. Kematiannya agak sukar diterima oleh sebilangan peminatnya sehinggakan ada yang mengesyaki Kurt Cobain dibunuh. Sebilangan pihak merasakan ada pihak yang menjadi dalang dalam kematian mengejut Kurt. Ini kerana 3 sebab utama:1. Manusia normal yang telah mengambil dadah dengan dos yang berlebihan agak sukar untuk menggerakkan anggota badannya apatah lagi hendak mengambil dan menekan picu pistol.
2. Setelah Kurt mati, keesokan harinya ada "seseorang" membuat percubaan mengeluarkan duit dengan menggunakan kad kredit Kurt.
3. Kurt baru saja keluar dari hospital dan tidak memiliki wang untuk membeli dadah.
Subscribe to:
Posts (Atom)