Sudah pasti yang datang akan pergi, namun kepergiannya sememangnya amat sukar untuk ditelan. Inilah hakikat kehidupan yang terpaksa kita lalui. Jika menyentuh soal "kepergian" pasti tidak dapat kita lupakan beberapa nama lagenda rock tersohor yang mewarnai dunia kita dengan melodi memukau serta lirik "efektif" yang menjadi mainan mulut untuk kita nyanyikan bersama. Di blog ini akan kita paparkan beberapa nama besar muzik rock yang terpilih, moga info ini mampu membantu kita untuk mengingati mereka sekali lagi.... hari ini kita berbicara mengenai Kurt Cobain....
Kurt Cobain, dilahirkan pada tanggal 20 februari 1967, lebih dikenali sebagai penyanyi serta gitaris utama kumpulan Nirvana yang ditubuhkan di Seattle, California. Kurt, merupakan seorang genius yang mengecap populariti bersama krist novoselic (bassist) dan Dave Grohl (Drummer) sekitar pertengahan 90an. Nukilan beliau masih lagi menjadi keagungan setiap peminat rock di seluruh dunia. Walau pun, lirik lagu yang ditulis Kurt agak membuta tuli namun ia ditutup dengan ciptaan melodi "mantap" yang mencengkam hati peminat muzik rock. Umum, mengetahui Kurt Cobain mati kerana membunuh diri di garaj kediamannya pada 5 april tahun 1994. Cobain, menembak dirinya sendiri setelah menggunakan dadah melebihi dos. Kematiannya agak sukar diterima oleh sebilangan peminatnya sehinggakan ada yang mengesyaki Kurt Cobain dibunuh. Sebilangan pihak merasakan ada pihak yang menjadi dalang dalam kematian mengejut Kurt. Ini kerana 3 sebab utama:1. Manusia normal yang telah mengambil dadah dengan dos yang berlebihan agak sukar untuk menggerakkan anggota badannya apatah lagi hendak mengambil dan menekan picu pistol.
2. Setelah Kurt mati, keesokan harinya ada "seseorang" membuat percubaan mengeluarkan duit dengan menggunakan kad kredit Kurt.
3. Kurt baru saja keluar dari hospital dan tidak memiliki wang untuk membeli dadah.
No comments:
Post a Comment